Nasi lemak adalah merupakan makanan 'iconic' Malaysia yang terkenal di seluruh dunia. Nasi Lemak dahulu disediakan pada waktu pagi untuk menu sarapan sahaja tetapi dengan peredaran zaman, penyediakan nasi lemak disediakan sehingga waktu malam. Baca artikel ini, pasti anda sudah terbayang-bayang nasi lemak tetapi di mana nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur?
Bagi yang tercari-cari nasi lemak yang sedap di Kuala Lumpur, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru adalah destinasinya. Kampung Baru memang destinasi makan yang menarik kerana kawasan perkampungan ini betul-betul di tengah ibu kota. Sesak untuk ke Kampung Baru adalah perkara biasa. Akan tetapi, perkara itu boleh ditolak tepi.
Berbalik kepada Nasi Lemak Wanjo ini, cara penyediaan nasi lemak di sini sama seperti di kedai lain tetapi rasanya berlainan sedikit. Nasi Lemak di sini nasinya berderai dan tidak terlalu lembik. Dihidangkan dengan panas-panas dan bersama ikan bilis goreng, timun dan kacang tanah membuatkan ianya menambah selera semasa makan. Sambal Nasi Lemak Wanjo juga sedap dan tidak terlalu pedas. Anak-anak kecil juga boleh makan.
Untuk lauk pauk mereka, mereka ada menjual Sambal Sotong, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging / Ayam Masak Rendang, Sambal Kerang, Sambal Paru. Ini adalah menu yang Bro ingat. Mungkin ada lagi yang terlepas. Apa yang Bro sempat rasa adalah Sambal Kerang, Sambal Sotong dan Daging Masak Rendang. Perghh.. memang sedap terutama Daging Masak Rendang. Dagingnya lembut, secukup rasa bila di makan dengan Nasi Lemak Wanjo. Harga yang dikenakan adalah masih berpatutan.
Inilah Nasi Lemak paling sedap di Kuala Lumpur yang pernah Bro rasa. Layanan pantas dan yang penting, tahap kebersihan restoran ini adalah dikategori tahap A oleh DBKL. Ramai pelancong asing datang makan disini. Masa Bro datang kelihatan 2 gadis comel dari Jepun datang untuk makan Nasi Lemak Wanjo ini. Untuk tempat letak kereta, anda boleh parking di bahu jalan (janji jangan halang lalu lintas) atau korbankan RM5.00 untuk parking yang disediakan.
Anda wajib rasa Nasi Lemak Wanjo ini yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Komen ini adalah komen jujur yang Bro berikan. Ini bukan paid review ye. Sekiranya anda ingin mencuba sendiri, anda boleh 'follow Waze" dan search "Nasi Lemak Wanjo" atau boleh rujuk alamat dan peta di bawah ini :
Demikian artikel tentang Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.