Berita ini baru disebarkan di laman-laman sosial dari Johor yang memberitahu, lokasi ini dipindahkan berkuatkuasa pada 27 Februari 2017. Jadi, kepada yang suka dengan makanan steamboat ini, anda terpaksalah ke Bandar Baru Uda untuk menikmatinya.
Pada pandangan Bro sebagai anak Johor, lokasi ini nampak kelihatan padat dan sempit dan pasti akan merugikan pengusaha-pengusaha steamboat ini jika pelanggan sukar untuk ke sana. Lokasi steamboat ini dipercayai telah 2 kali berpindah dengan bermulanya beroperasi di tepi jalan Pandai Lido (kini Danga Bay) dan kemudiannya ke Dataran Bandaraya.
Ada juga segelintir Netizen yang tidak berpuas hati dengan perubuhan lokasi ini. Pasti lokasi Dataran Bandaraya akan kembali sepi tanpa peniaga-peniaga ini. Jika anda sebagai anak Johor dan penggemar steamboat ini, adakah ia lokasi terbaik iaitu di Bandar Baru Uda? Berikan komen anda dengan bernas ye.
Demikian artikel tentang Medan Steamboat Luton Van Dataran Berpindah Ke Bandar Baru Uda ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Medan Steamboat Luton Van Dataran Berpindah Ke Bandar Baru Uda ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.