Kepada yang suka makanan kampung, Bro boleh syorkan anda ke Nasi Dulang Daun Pisang yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Lokasi ini tidak jauh dari Food Valley yang popular dengan Nasi Goreng Gila tu. Tempat yang bro syorkan ini adalah untuk makan tengah hari sahaja kerana ia dibuka dari jam 10.30am sehingga 4.00pm. Kawasan tempat makan mereka "open" tapi berbumbung. Anda tidak akan rasa panas sangat semasa menjamu selera. Itu yang best!!!
Antara hidangan yang ada di sini adalah :
Nasi Ganja ( Keli, Talapia, Kembung, Sotong Bakar, Kambing Bakar)
Nasi Dulang Daun Pisang ( Ayam Kampung, Bawal, Itik, Ayam, Keli, talapia, udang, kambing dan Kembung)
Hidangan sampingan : Kerang Bakar (XL), Udang Galah, Udang Lemak Cili Apa dan pelbagai lagi.
Menu yang Bro pesan untuk kali pertama cuba ini adalah Nasi Ganja Talapia, Nasi Dulang Ayam Kampung dan kerang bakar. Minuman pula Teh Ais Madu, Teh Ais Cincau, Teh O Ais dan Milo Ais. Hasil dari apa yang Bro makan(Nasi Ganja), ia sangat sedap. Ikan talapia yang mereka berikan agak besar juga dan rangup. Anda jangan risau makan nasi ganja ni sebab tiada ganja di dalamnya. Nasi ganja ini seakan nasi kandar. Ada kuah gulai, bendi dan timun + sambal belacan. Sebelum makan, perah sedikit limau tu. Terangkat wey!!
Bagi hidangan Nasi Dulang Ayam kampung, orang rumah kata berpuas hati dengan hidangan ini. Kuah lemak yang diberi agak pekat dan ayam kampung di goreng tidak terlalu kering. Jika anda kuat makan sedikit, Bro syorkan anda pesan sepinggan nasi putih kerana set nasi yang diberikan tidak banyak.
Berkenaan dengan harga keseluruhan yang dipesan ini, bagi pendapat bro ia masih berpatutan. Jumlah keseluruhan menu ini hanyalah RM47.00 sahaja. Mana nak dapat "portion" makanan yang besar-besar tapi dengan harga yang kurang dari RM50.00.
Waktu yang sesuai untuk anda datang bagi mengelakkan beratur panjang, anda datang sekitar jam 10.30am - 11.15am. Pada waktu ini, anda boleh chill-chill semasa membuat pesanan dan cari meja makan anda. Selepas waktu itu, anda perlu bersabar lah ye. Kedai makan ini pernah diviralkan oleh Fun N Taste, baru-baru ini. Sebab itulah ramai pengunjung.
Tips : Jika anda 1st time datang, anda perlu beratur terus untuk membuat pesanan beserta dengan bayaran. Cashier akan memberi resit da dalam resit tersebut ada no pesanan anda. Mereka akan memanggil nombor pesanan tersebut dan hantar terus ke meja anda. Kalau anda tidak dengar, mereka akan ulang lagi sekali dengan menggunakan pembesar suara. Kalau tidak dengar juga, rujuk kepada doktor ye.
Jika anda ingin ke lokasi Kedai makan Nasi Dulang Daun Pisang ini, boleh rujuk alamat di bawah ini :
Demikian artikel tentang Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.