Jika anda dalam perjalanan ke Padang Besar, Kuala Perlis atau ke Thailand melalui pekan Changlun, Kedah dan menginap sementara di sini, anda wajib cuba satu kedai makan yang menarik iaitu Kayu Kitchen.
Kayu Kitchen menyediakan makanan western dan goreng-goreng di waktu malam dengan suasana yang menarik sekali. Anda rasa seperti makan di kedai koboi kerana hiasan mereka ada ala hipster, ala koboi sedikit dan restoran terbuka. Kayu Kitchen diberi nama kerana meja dan kerusi di sini diperbuat dari kayu yang dibuat sendiri oleh pemilik restoran ini.
Pada waktu malam, restoran ini sentiasa penuh dibanjiri oleh pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan penduduk setempat untuk menjamu juadah yang special di sini. Menu special di sini adalah :
- Char Keow Teow Sotong
- Nasi Daging Rusa (Most Recommend)
- Nasi Daging Kambing (Most Recommend)
- Chicken Chop
Semasa Bro datang ke sini, Bro sempat merasa Nasi Daging Kambing mereka dan apa yang bro boleh katakan, ia sangat sedap, daging yang lembut dan kuantiti nasi yang super banyak (Lihat gambar di atas). Nasi daging Kambing ini juga akan disedikan kuah sos yang sedap dan nasi mereka sediakan ini seperti nasi minyak. Sedangkan nasi daging kambing pun sudah sedap, apa ntah lagi Nasi daging Rusa mereka, pasti terangkat. Jika bro ke sini lagi, pasti akan singgah balik ke Kayu Kitchen.
Harga di Kayu Kitchen ini masih berpatutan dengan portion yang diberikan. Kepada anda yang bermalam di Changlun, bro cadangkan anda singgah ke Kayu Kitchen untuk menikmati hidangan yang cukup lazat dan puas hati. Lokasi untuk ke Kayu Kitchen ada di bawah ini. Selamat Mencuba.
Google Maps Ke Kayu Kitchen :
Google Maps Ke Kayu Kitchen :
Demikian artikel tentang Kayu Kitchen, Changlun, Kedah ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Kayu Kitchen, Changlun, Kedah ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.