Sekumpulan penyelam di perairan timur Mexico berdekatan semenanjung Yucatan menemui dua buah gua bawah laut yang saling terhubung. Penyelam ini berkata, gua yang ditemui ini adalah gua bawah laut terbesar dunia dan menyimpan banyak sejarah di dalamnya.
Kumpulan pengkaji puak suku Maya berkata, keluasan gua di bawah laut ini dianggarkan 357 kilometer. Ia sudah seperti dari Kuala Lumpur Ke Singapura melalui lebuh raya utara selatan. Gua yang digelar Sac Actun, yang berdiri sepanjang 263 kilometer berada di Pantai Tulum, pantai yang selama ini sering dikunjungi pelancong.
Sebelum ini, mereka juga menemukan fakta bahawa Gua Sac Actun bersambung dengan Gua Dos Ojos sepanjang 83 kilometer. Kata Pengarah GAM dan pakar arkeologi Guillermo de Anda,
Penemuan gua ini bakal memberi pencerahan mengenai sejarah peradaban Suku Maya di Mexico kepada pengkaji
Semenanjung Yucatan selama ini diketahui menyimpan banyak peninggalan bangunan dari peradaban Suku Maya. Ia mengandungi simbol agama. Para pengkaji yakin, masih banyak kawasan yang perlu diteroka di sana. Melalui penemuan itu, pengkaji akan dapat mengetahui jejak keturunan Suku Maya yang menjadi generasi awal penghuni Mexico.
Bila anda melihat gambar yang disediakan kelihatan air di dalamnya sangat jernih dan tidak tercemar langsung. Subhanallah..
Demikian artikel tentang Gua Bawah Laut Terbesar Dunia Ditemui ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Gua Bawah Laut Terbesar Dunia Ditemui ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.