Arab Saudi biasa kita dengar, orang kita ke sana adalah untuk melakukan umrah dan haji. Tahukah anda, Arab Saudi mempunyai 7 lokasi semula jadi yang menakjubkan? Pasti anda terkejut akan perkara ini kerana ia jarang digembar gemburkan. Jom kita lihat di mana 7 lokasi tersebut :
1. Elephant Rock
Satu lokasi yang menarik untuk kunjungi. Elephant Rock berlaku kerana hakisan tanah selama berabad-abad dan menjadikan ia satu pemandangan yang sangat menakjubkan.
2. Al Ahsa Oasis
Ia merupakan satu lokasi Oasis yang terbesar dunia kerana terdapat 1.5juta pokok palma ditanam di sini. Takungan air semula jadi di bawah paras tanah menukarkan padang pasir ini menjadi kawasan hijau seluas 30,000 ekar.
3. Jabal Abyad
Merupakan kawasan gunung berapi tertinggi di Arab Saudi iaitu sekitar 2,093 meter. Ia mula menjadi tarikan kerana rupa landskap kawasan ini sangat unik di sekeliling gunung berapi ini.
4. Edge Of The World
Satu pemandangan dimana kelihatan satu bukit yang tinggi menghadap padang pasir yang luas. Jika mahu melihat matahari terbenam, pasti amat menarik.
5. Fayfa
Nampak kelihatan seperti tempat sejuk dan lembab tetapi ia sebenarnya ia berada di negara yang dipenuhi dengan padang pasir. Landskap Fayfa ini sangat menarik dan kelihatan seperto di Afrika Timur pula.
6. Farasan Island
Lokasi ini dipercayai mempunyai kaya dengan ikan dan pelbagai terumbu karang. Farasan Island dijaga dengan rapi dan aktiviti menyelam adalah aktiviti paling popular di sini.
7. Jabal Sauda
Ia merupakan lokasi paling tinggi di Arab Saudi. Ketinggian lokasi ini adalah lingkungan 3000 meter dan pemandangan yang dapat cukup awesome. untuk ke puncak ini, anda boleh menaiki kereta. Memang cantik lokasi ini.
Demikian artikel tentang 7 Lokasi Semula Jadi Menakjubkan Di Arab Saudi ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang 7 Lokasi Semula Jadi Menakjubkan Di Arab Saudi ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.