Sewaktu Bro ke Arau, Perlis pada awal tahun ini, ia merupakan lokasi paling jauh di Malaysia Bro pernah jejak dan ia pertama kali. Datang ke sana pun kerana ada tugasan yang perlu dilakukan tetapi ia di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Arau dengan Sintok tidaklah jauh mana pun sebenarnya. Dalam kepala mula terfikir..
Apa yang best di Arau ini?
Teringin juga makan makanan yang spesial di sini.
Mujur ada staff dari Universiti Utara Malaysia mencadangkan lokasi yang wajib singgah jika ke Perlis iaitu Capati Arau. Apa yang spesial sangat dengan capati. Di KL pun ada capati di kedai mamak. Sangkaan Bro sangat meleset. Capati di sini sangat Awesome!!! Kedai yang dimilik oleh 100% bumiputera dan pembuatnya adalah orang melayu sendiri. Ada yang kata, pembuat capati di sini adalah wanita tetapi Bro tidak nampak pula.
Untuk ke lokasi Capati Arau ini, ia terletak tidak jauh dari Market Lama Arau. Di sini, penyediaan Capati berbeza sedikit kerana terdapat 3 jenis kuah yang boleh di pilih iaitu :
- Kari Ayam
- Kari Daging
- Sardin
Harga di sini mengikut berapa banyak inti yang dimahukan. Kuah kari daging yang Bro pesan di sini memang padu. Sedap, pekat dan secukup rasa. Sekeping capati pasti tidak cukup buat anda kerana capati di sini lembut, tidak terlalu kering dan sedap di makan panas-panas. Restoran Capati Arau ini juga ada menyediakan menu lain seperti sup, pelbagai jenis nasi goreng, mee goreng dan macam-macam lagi.
Kepada yang singgah ke Arau, Perlis, anda wajib ke Capati Arau sebelum pulang kerana keunikan capati di sini tak sama capati di kedai mamak di Kuala Lumpur. Rugi tak mencubanya. Untuk ke lokasi, sila rujuk google maps di bawah ini :
Demikian artikel tentang Capati Arau ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Capati Arau ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.