Mangsa, Muhammad Wafi Bin Abdul Rahim (Gambar) hampir menjadi mangsa scammer No TAC (Kod Pengesahan Transaksi) tetapi gagal diperdaya untuk memukau beliau, baru-baru ini. Walau tidak berjaya dipukau, scammer tersebut telah melakukan balas dendam dengan menggunakan gambar profile mangsa yang diperoleh dari Facebook ke aplikasi Whatapps dengan menggunakan nombor Scammer untuk mencari mangsa lain.
Jika scammer tersebut menghubungi mangsa tersebut, maka terpaparlah wajah mangsa dan mangsa akan menganggap, En Wafi adalah dalang disebalik scammer ini. Netizen di luar mula menyebarkan gambar mangsa tidak bersalah ini kepada umum dan telah menjadi viral di seluruh 'page-page' di media sosial.
Laporan Polis Telah Dibuat
Saudara Muhammad Wafi Bin Abdul Rahim telah membuat laporan polis di cawangan Cheras untuk pihak polis membuat tindakkan segera agar beliau tidak menjadi mangsa keadaan bila berada di khalayak umum. Selain membuat laporan Polis, beliau juga telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk menyekat nombor tersebut dari sendiket tidak bertanggungjawab ini.
Tindakkan Saman Akan Dikenakan
Saudara Muhammad Wafi Bin Abdul Rahim juga ada memaklumkan kepada Bro Nasa mengenai kes ini di mana, page-page popular yang memaparkan wajah beliau dengan menerbitkan artikel fitnah ke atas beliau, beliau tidak akan teragak-agak akan menyaman individu dan juga blogger tersebut atau jumpa di Mahkamah atas penyebaran berita tidak benar ini yang kian aktif menggunakan nombor tersebut.
Selidik Dahulu Sebelum Sebarkan
Beliau ada juga meberitahu kepada Bro Nasa di mana, Netizen perlu selidik terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita ini kerana ia boleh mengancam nyawa beliau jika masyarakat menyalah anggap kepada beliau. Beliau juga ada mejelaskan kepada berita MStar Online mengenai perkara sebenar apa yang telah berlaku.
Lihat Artikel Di Sini : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/09/16/bengang-nombor-tac/
Waspada Ancaman Scammer TAC
Dalam insiden yang agak serius ini, Bro Nasa mengingatkan kepada anda supaya berhati-hati ketika mendapat pesanan Whatapps dari nombor yang tidak dikenali dan jangan buka 'voice recording' yang dihantar untuk mengelakkan anda dipukau oleh scammer. Lebih senang, jangan dilayan nombor yang tidak dikenali sebelum terlambat. Terdapat mangsa telah terpedaya dengan taktik ini dan telah kerugian hampir RM2,200.00. Jadi, beringatlah. Anda mampu mengubahnya..
Demikian artikel tentang Gagal Dapat No TAC, Scammer Balas Dendam Kepada Mangsa ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Gagal Dapat No TAC, Scammer Balas Dendam Kepada Mangsa ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.