Kekalahan besar ke atas Persija Jakarta 4-0 dalam saingan AFC Cup membuat penyokong Johor Darul Takzim kecewa dengan persembahan yang berikan. Sejak Raul Longi menjadi coach sementara JDT, prestasi dan persembahan pemain sangat berbeza dari pengendali sebelumnya iaitu Ulisses Morais.
Ramai yang beranggapan, taktikal Raul Longi seperti tiada arah tuju corak permainan dan pemilihan barisan pemain juga menjadi tanda tanya sedangkan perlawanan malam ini adalah perlawanan penting untuk JDT untuk layak ke peringkat seterusnya. Ia kerana, jarak mata antara pasukan lain cumalah sedikit.
Pada pendapat Bro, pengurusan JDT perlu memikirkan calon sesuai untuk mengendali pasukan ini jika mahu bermain bunga api pada september nanti. Jika tiada perubahan, kerisauan penyokong JDT akan semakin kuat atas persembahan yang diberikan. Jika pemain import baru masuk pada jendela perpindahan nanti, takut sama sahaja keputusan yang akan dipamerkan. Perlu cari coach yang ada falsafah bola sepak tersendiri dan mempunyai rekod yang amat baik seperti Mario Gomez dan Ulisses Morais jika mahu skuad JDT terus digeruni semula.
Diharap, pengurusan JDT menekan panic button pada malam ini untuk mencegah dari perkara ini berulang kembali. Luaskan Kuasamu Johor.. Luaskan Kuasamu Johor...
Kredit Gambar : Johor Southern Tiger
Demikian artikel tentang Penyokong JDT Kecewa ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Penyokong JDT Kecewa ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.