Jika anda peminat bubur ayam McD, anda wajib cuba bubur Master Chicken Porridge. Bubur ini anda boleh jumpa di gerai tepi jalan yang cuma RM5.00 semangkuk (16oz). Master Chicken Porridge ini mempunyai cawangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka. Gerai mereka adalah seperti di bawah ini.
Apa yang menariknya Master Chicken Porridge ini adalah isi ayam yang diberi super duper banyak sehingga anda tidak nampak bubur nasi anda tersebut. Bila ia digaul, memang padu rasanya. Yang penting tiada MSG. Penyedia makanan ini akan letak 1 senduk bubur nasi, ditabur lada sulah, kicap istimewa, bawang goreng, ayam cincang super banyak dan chilli flake jika mahu pedas. Memang berpuas hati bila merasa bubur Master Chicken Porridge ini dengan bubur yang panas. Bubur ini tidak cair seperti bubur ayam mcD tetapi pekat.
Dengan hanya RM5.00, ia dapat mengeyangkan perut anda yang lapar tersebut. Sesuai untuk kanak-kanak kerana adan boleh pilih sama ada ingin pedas atau tidak. Anda boleh dapatkan bubur ini dilokasi seperti di bawah ini. Selamat mencuba.
Cawangan Master Chicken Porridge :
- Uptown Kinrara, Seri Kembangan
- Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara
- Taman Puncak Jalil (Di hadapan Mydin)
- Seksyen 7, Jalan Platinum 7/52, Shah Alam
- Seksyen 7, Bangi (Di hadapan Klinik As Salam)
- Puteri 7, Bandar Puteri, Puchong
- Downtown Bandar Putra Permai
- Giant Setiawangsa
- Bukit Indah, Ampang
- Bubur Ayam Merechik Melaka (Marqas Barber MITC)
- Bukit Rambai, Melaka
- Taman 1 Lagenda, Melaka
Demikian artikel tentang Master Chicken Porridge ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Master Chicken Porridge ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.