Seorang lelaki telah bertindak biadap kepada pengguna jalan raya yang lain walaupun pemandu Mercedes Benz telah melakukan satu kesalahan iaitu melawan arus. Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya malam semalam telah menjadi tular di laman sosial.
Kejadian yang berlaku pada 10.57 malam tersebut, lelaki yang berusia 36 tahun yang memandu Mercedes Benz yang bertindak biadap tersebut telah melawan arus dan memaksa seorang pemandu kereta Perodua Bezza mengundurkan kenderaannya. Dengan tidak sabarnya pemandu Mercedes Benz ini, beliau melanggar bumper hadapan Perodua Bezza tersebut tanpa sebab.
Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zaini Che Din berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pemandu Perodua Bezza yang berusia 26 tahun berhubung dengan kejadian itu di Balai Polis Kota Damansara.
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1982.
Demikian artikel tentang Pemandu Mercedes Benz Bertindak Biadap ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Pemandu Mercedes Benz Bertindak Biadap ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.