Jika anda berada di Kluang, Johor dan tercari-cari dimanakah tempat sarapan paling layan, Bro cadangkan anda ke Warung Abang Corner yang terletak di Jalan Abdullah, Bandar Kluang, Johor. Lokasi warung abang corner ini mudah untuk dicari kerana ia tidak jauh dari Wisma Majlis Perbandaran Kluang dan Econsave Kluang. Ia betul-betul berdepan dengan jalan utama untuk ke bandar kluang.
Warung Abang Corner ini menyediakan menu istimewa khasnya untuk sarapan dan makan tengah hari. Antara menu yang paling meletop di sini adalah :
- Murtabak ( Ayam/daging/cheese)
- Lontong darat special
- Kari kambing
Hari ini, Bro akan review makanan utamanya iaitu Murtabak. Murtabak di sini cepat habis di jual jika anda lewat datang ke warung ini. Jika boleh, anda perlu datang seawal jam 8.00 pagi dan waktu ini sudah dipenuhi oleh orang ramai. Apa yang special nya murtabak ini adalah inti murtabak tersebut. Isinya banyak, secukup rasa dan rotinya garing membuatkan anak tekak ini berselera menjamunya.
Pada mulanya Bro kurang yakin kesedapan murtabak di sini tetapi ia memadamkan pendirian Bro mengenai warung tersebut. Rasa murtabak ini sama level seperti murtabak di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Tidak muak dan sedap-sedap bila diadun dengan kuah dhal yang pekat. Kuah dhal di sini pekat dan tidak terlalu cair. Ia adalah rahsia murtabak Abang Corner paling sedap di Kluang, Johor.
Dengan suasana warung ala kampung, ia mengamitkan perasaan apabila makan di sini. Tidak terasa janggal apabila makan di warung ini. Tempat yang selesa dan bersih malah tidak terlalu panas. Layanan yang diberikan agak baik walaupun pengunjung ramai. Harga di warung ini agak berpatutan dan yang penting tiada GST.
Kepada warga Kluang atau tinggal yang berdekatan , bolehlah singgah ke warung abang corner ini. Warung ini adalah most recommended untuk di cuba. Jika ada sebarang komen atau sebagainya, tinggalkan pesanan anda di bawah ini. Selamat menjamu selera.
Lokasi Warung Abang Corner :
Demikian artikel tentang Murtabak Warung Abang Corner, Kluang Johor ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Murtabak Warung Abang Corner, Kluang Johor ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.