Pagi tadi, Page Southern Tigers memaklumkan kepada semua bahawa DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda dianugerahkan seorang waris takhta kerajaan Johor dia Hospital Sultanah Aminah.
Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor pada 14hb Oktober 2017 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda dan puteranya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Berita ini adalah berita buat gembira kepada semua rakyat jelata terutama bangsa Johor. Ramai Netizen memberi ucapan tahniah kepada TMJ dan Che Puan kerana dapat seorang putera. Nama putera tersebut masih belum dimaklumkan. Allah peliharakan Sultan.. Daulat Tuanku..
Demikian artikel tentang TMJ dan Che Puan Dapat Seorang Putera ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang TMJ dan Che Puan Dapat Seorang Putera ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.