Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 yang berlangsung kini Mungkin Kembara baginda Yang Terakhir. Baginda mahu menyerahkan tanggunjawab kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail(TMJ).
"Saya rasa tahun ini tahun terakhir saya. Saya nak serah pada Tunku Mahkota. Saya nak tengok macam mana beliau (Tunku Ismail) menerajui Kembara Mahkota.
"Saya sudah didik dia (Tunku Ismail) dah cukup dan saya akan datang sebagai tamu (tetamu) je. Kalau dijemput," titah baginda sambil berseloroh kepada BH ketika ditemui di Kem Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di sini, pagi tadi.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu membuat pengumuman mengenai pembabitannya yang terakhir dalam Kembara Mahkota Johor tetapi tidak sampai hati berbuat demikian.
"Tapi saya nak buat announcement (pengumuman) itu tetapi saya tak sampai hati. Jadi selagi ada keringat saya teruskanlah (KMJ)," titah baginda dalam nada sebak.
Selain daripada itu, Sultan Ibrahim bertitah langkah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah mengikutnya dan menemaninya memandu kereta pada KMJ kali ini ibarat seperti temujanji baginda berdua.
"Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan. Saya cakap dengan dia pergi naik kereta, esok demam. Dia tak nak. Macam dating (temujanji) la berdua je dalam kereta. Tapi dia tahan (ikut sepanjang program)," titah Tuanku.
Demikian artikel tentang Mungkin Kembara Saya Yang Terakhir - Sultan Johor ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Mungkin Kembara Saya Yang Terakhir - Sultan Johor ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.