Sekiranya berlaku kebakaran, kes-kes yang selalu dikesan oleh pihak Bomba adalah litar pintas. Apa itu litar pintas? Litar pintas tidak sama seperti Litar F1 Sepang. Ia lain dari apa yang anda bayangkan sekarang ini.
Litar Pintas bermaksud persentuhan tanpa beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin. Ini adalah maksud ringkas dan jika anda ingin tahu lebih lanjut, baik anda jumpa kepada yang pakar atau TNB berdekatan.
Di setiap rumah, akan ada satu kotak elektrik yang dipanggil DB board. Ia selalunya berada di bahagian ruang tamu dan berdekatan dengan pintu utama rumah anda. DB board ini bertindak sebagai mengawal segala litar elektrik yang terdapat dirumah anda. Pernah anda terkena "black out" secara tiba-tiba sewaktu menggunakan peralatan elektrik? Jika pernah, ia sudah pasti alatan elektrik yang anda mahu guna tersebut alami kerosakan dan menyebabkan suis kotak DB tersebut ditendang. Suis itu dipanggil ELCB.
Apa Perlu Dilakukan Bila Terjadi? Sekiranya ia berlaku, anda tidak perlu panik dan anda boleh lakukannya sendiri TETAPI pastikan tangan anda dalam keadaan kering. Anda akan nampak satu suis ditendang ke bawah berbanding suis yang lain yang kelihatan naik ke atas. Anda hanya perlu naikkan semula suis tersebut. Jika dia tendang semula, cabut mana-mana alatan elektrik anda yang bermasalah tersebut dan kemudian 'on' semula. Alat elektrik yang rosak tersebut perlu dibaiki atau dibuang jika perlu.
Jadi, kepada pembaca terutamanya suri rumah tangga, ingat tips ini. Semoga ia memberi manfaat kepada pembacanya. Semoga ia dapat dicegah sebelum terlambat..
Demikian artikel tentang Apa Itu Litar Pintas Dan Apa Perlu Dilakukan Bila Terjadi? ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Apa Itu Litar Pintas Dan Apa Perlu Dilakukan Bila Terjadi? ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.