Cili merupakan bahan utama dalam masakan melayu. Tiada cili, tidaklah "power" masakan itu. Ketika membeli cili sama ada di pasaraya atau pasar tani, pasti anda akan memilihnya yang cantik dan segar. Tapi bila 1 minggu setelah dibeli, cili terbabit akan kelihatan kecut dan ada yang lembik nak membusuk. Pasti membuatkan anda mood 'down' sebab cili yang anda beli itu masih banyak lagi.
Ada tips untuk membuatkan cili anda kelihatan segar walaupun ia sudah 3 minggu. Tipsnya sangat mudah kerana ia perlu diletak sebiji atau dua bawang putih yang telah dikupas dan letak di tempat simpanan cili tersebut. Lihat ringkasan cara lakukan tips ini :
Tips cili padi tahan lama :
? Buang tangkai dari badan cili
? Bersihkan cili padi dengan air bersih dan tapis
? Masukkan dalam satu bekas dan alas dengan tisu
? Letak seulas bawang putih yang dah siap di kupas
? Simpan didalam bekas bertutup dan masuk dalam peti.
Banyak testimoni yang netizen telah cuba dan memberi respon yang sangat baik. Tidak percaya? Apa kata anda cuba dan kongsilah pengalamannya. Fakta atau Auta sebenarnya?
Demikian artikel tentang Tips Bagi Cili Tahan Lama Dan Tidak Busuk ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Tips Bagi Cili Tahan Lama Dan Tidak Busuk ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.