Pantai merupakan salah satu tempat destinasi popular dan digemari setiap orang terutama sekali kepada pelancong "Mat Saleh". Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pantai seperti bermandi manda, meluncur, bermain pasir dan macam-macam lagi.
Walaupun pantai merupakan tempat menarik, terdapat juga di dunia ini pantai paling bahaya sekali yang boleh membawa maut. Mari teruskan membaca dimanakah pantai yang Paling Bahaya Di Dunia ini :
1. Pantai Kilauea, Hawaii
Pantai ini mempunyai keunikan sendiri iaitu pasir pantai di sini adalah berwarna hitam. Kenapa ia berwarna hitam kerana pantai ini betul-betul terletak di sebelah Gunung Kilauea, antara salah satu gunung berapi paling aktif di dunia. Ia dikatakan meletus secara berterusan sejak tahun 1983 yang mengeluarkan lava yang panas ke pantai ini. Suhu pantai ini pernah mencecah 43 darjah celcius semasa gunung berapi meletus.
2. Pantai Sekitar Northern Territory, Australia
Pantai ini merupakan antara pantai paling bahaya di dunia kerana kawasan ini adalah habitat kepada obor-obor paling berbisa di dunia iaitu Obor-Obor "Box Jellyfish". Ia mampu membesar sehingga 28cm lebar, 6 kaki panjang dan mempunyai 60 sesungut. Mangsa yang disengat dengan obor-obor ini boleh mengalami serangan jantung. Jika sesungut onor-obor ini menyengat mangsa, bisa obor-obor ini akan mengeluarkan sengat yang sangat banyak dan mangsa boleh mati dalam masa 5 minit sahaja. Sebanyak 70 kes kematian telah direkodkan sejak tahun 1883.
3. Pantai Hanakapiai, Hawaii
Ia terletak di Kauai, dan boleh diakses melalui denai Kalalau. Pantai ini sangat berbahaya kepada aktiviti mandi manda kerana ia mempunyai "arus rip" yang sangat deras serta mempunyai ombak kuat yang boleh menghanyutkan mangsa sejauh 9 KM!!! Menurut sumber, 83 nyawa telah terkorban di pantai ini.
4. Gansbaai, Afrika Selatan
Pantai ini sangat cantik tetapi pantai ini ada 'penunggu' nya. "Penunggu" yang dimaksudkan ini adalah Jerung Putih atau "Great White Shark". Haiwan pemangsa ini kerap kelihatan di sepanjang pantai ini dan pantai ini digelar " Great White Shark Capital Of The World". Jerung ini sebenarnya tertarik dengan pantai ini kerana terdapat 60,000 ekor anjing laut tinggal di selat kecil anatara Pulau Dyer dan Geyser Rock. Walaupun ia bahaya untuk aktiviti mandi manda, pengunjung boleh melihat haiwan ini dari dekat dengan berada di dalam sangkar dan dimasukkan ke dalam air.
5. Pantai Chowpatty, India
Pantai yang mendapat dua kategori iaitu pantai paling tercemar di dunia dan paling kotor di dunia. Kawasan sekitar pantai ini dipunuhi dengan serpihan kapal rosak dan sampah sarap yang dibuang dari bandar mumbai. Pada tahun 2011, Kapal MV Rak telah karam dan sebanyak 60,000 metrik tan mencemari pantai ini. Jika anda mahu berenang juga di pantai ini, anda mungkin dijangkiti cirit birit dan sakit tekak serta penyakit berbahaya lain.
Demikian artikel tentang Senarai Pantai Paling Bahaya Di Dunia ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Senarai Pantai Paling Bahaya Di Dunia ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.