Makanan arab bukan merupakan menu asing dikalangan masyarakat Malaysia. Makanan ini biasanya dihidangkan dengan kuantiti yang sangat banyak seperti mana orang arab biasa makan. Bro telah mengunjungi Restoran Tareem Hadramawt di Taman Sepakat Indah, Kajang untuk menikmati Lamb Kabsah yang sangat Power ini. Restoran ini mempunyai 2 cawangan antaranya di Damansara dan Kajang. Restoran yang mengetengahkan masakan arab dari negara Yemen.
Bro sudah mencuba buat kali kedua di restoran ini dan ternyata Lamb Kabsah di sini memang sedap dan kuantitinya banyak. Tekstur Daging Lamb Kabsah ini memang lembut dan enak kerana ia dimasak tidak terlalu kering. Terdapat juicy pada daging ini yang membuatkan anda berselera untuk menikmati makanan di sini. Bro cuba bandingkan dua restoran nasi arab dengan menu Lamb Kabsah iaitu Restoran Saba di Cyberjaya dan Restoran Tareem Hadramawt dan ternyata Lamb Kabsah di Tareem Hadramawt antara terbaik di Selangor!! Selain menu kabsah, ada juga menu yang lain seperti Chicken Mandy, Chicken Madghot dan pelbagai lagi.
Keselesaan makan di restoran ini boleh dianggap terbaik. Anda boleh pilih sama ada mahu makan di luar restoran sambil hirup udara Kajang atau di dalam restoran yang memiliki penghawa dingin. Kalau nak layan shisha pun ada jika mahu. Layanan di sini cukup baik dan cepat. Pelayan di sini total orang arab. Jika anda berbahasa arab, satu kelebihan. Jika anda mahu bertutur dalam bahasa melayu tiada masalah sebenarnya tetapi takut mereka kurang faham apa yang anda mahukan. Jadi, gunalah bahasa Inggeris bagi memudahkan perantaraan dengan mereka.
Harga di sini boleh dikatakan murah berbanding dengan restoran lain. Jika ada yang kata mahal pada restoran ini, ia masih berbaloi kerana nasi arab di sini sangat terbaik. Jadi, kepada peminat nasi arab atau mahu merasa masakan dari negara Yemen, anda boleh mencubanya di restoran ini. Jangan terkejut datang ke sini kerana ramai orang arab berkeliaran di kawasan ini seperti berada di negara mereka.
Alamat Lokasi :
Tareem Hadramawt Restaurant
No. 1,, Jalan Sepakat Indah 2/1,
Taman Sepakat Indah 2,
43000 Kajang,
Selangor,
Waktu Operasi :
11.00am - 3.00am (Sesuai datang pkl 3.00pm)
Hasil Review :
Makanan : 9/10
Keselesaan : 9/10
Harga : 8/10
Nota : Review ini bukan di bayar oleh mana-mana pihak. Ianya review atas suka-suka sahaja.
Demikian artikel tentang Restoran Tareem Hadramawt, Menu Nasi Arab Terbaik ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Restoran Tareem Hadramawt, Menu Nasi Arab Terbaik ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.