Di Malaysia, penggunaan radia berfrekuensi FM masih digunakan dengan meluas. Tetapi, dengan perkembangan dunia teknologi terutama dalam digital media, terdapat sebuah negara telah mengambil langkah menutup Radio FM mulai tahun ini secara berperingkat.
Norway sebenarnya sudah merancang menutup radio FM sejak 1995 lagi tetapi mereka memikirkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan akhir. Mereka memilih siaran digital berbanding FM ini dikatakan kualiti audio yang diterima lebih baik dari gelombang FM malah ia menjimatkan kos juga.
Walaupun ia telah dikuatkuasakan, mereka masih membiarkan beberapa stesen radio yang menyiarkan dalam gelombang FM untuk tempoh lima tahun lagi. Pada masa yang sama, terdapat beberapa persoalan yang timbul berkenaan peralihan ke siaran digital ini. Mungkin perkembangan penstriman audio seperti Spotify, Apple Music dan sebagainya menjadi faktor penutupan radio FM.
Kenderaan di eropah mungkin sudah mula mengintegrasikan sokongan radio streaming di kereta secara berperingkat.
Jika negara kita melakukan tindakan seperti ini, habislah siaran Era FM, Sinar FM dan seangkatannya pupus di telan zaman..
Demikian artikel tentang Norway Menjadi Negara Pertama Yang Menutup Radio FM ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Norway Menjadi Negara Pertama Yang Menutup Radio FM ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.