Untuk pengharaman Polistirena, bro sangat setuju tetapi bagi pengharaman beg plastik, bro kurang setuju. Bagi pengguna yang ada kenderaan sendiri, pasti tiada masalah dengan pengharaman ini tetapi adakah ia menyenangkan orang yang berpendapatan rendah atau orang kurang berkemampuan yang tiada kenderaan dan hanya bergantung menaiki pengangkutan awam? Walaupun dengar sekadar RM0.20 sehelai, ia sebenarnya boleh membebankan pengguna lain. Mengapa tiada altenatif lain untuk menggantikan beg plastik?
Sebagai contoh terdekat adalah restoran makanan segera, McDonald. Mereka tidak menggunakan plastik sebagai beg tetapi menggunakan kertas yang telah di kitar semula. Ia sama digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Mungkin ia adalah satu altenatif yang baik dan boleh kita tiru.
Setiap pengharaman sesuatu barang perlulah ada altenatif lain. Jika tidak, rakyat terpaksa membayar lebih semata-mata untuk beg plastik. Kerajaan pusat atau kerajaan negeri perlu memikirkan langkah terbaik demi rakyat jelata dan bukannya menyusahkan rakyat. Adakah anda setuju dengan pendapat Bro ini?
Demikian artikel tentang Kempen Tanpa Plastik Di Selangor Menyusahkan ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Kempen Tanpa Plastik Di Selangor Menyusahkan ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.