Terdapat satu keratan akhbar baru-baru ini menyiarkan berlakunya kes penipuan penjualan ayam kampung dipasaran ketika ini. Dikatakan, hampir 90% dipasaran adalah ayam kampung tiruan dan bukannya ayam kampung original.
Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Azhar Kasim berkata, kebanyakan pemborong mendakwa ayam daging warna adalah ayam kampung asli dan dijual dengan harga sekitar RM15 hingga RM25 sekilogram.Ramai pembeli dan penggemar ayam kampung tertipu selama ini. Kebanyakan dipasaran adalah ayam kampung warna walhal ayam daging warna adalah sama seperti ayam daging komersial. Penipuan ini berlaku kerana pemborong terlepas daripada harga kawalan siling. Untuk mengetahui perbezaan dan ciri-ciri ayam kampung asli dan ayam kampung warna, lihat fakta di bawah ini :
Ayam Kampung Asli
- Boleh berdikari, jaga diri sendiri, naluri mencari sumber asli sebagai makanan.
- Aktif dan tidak duduk diam, otot kenyal (tidak lembik, ada tekstur)
- Daya ketahanan terhadap penyakit Coccidiosisi, gumbara, dan kadar hidup yang tinggi.
- Daging ayam kampung mempunyai keenakkan yang unik (juicy), manis dan kurang lemak.
Ayam Kampung Warna @ Kacukan
- Pemalas, tidak aktif berdiri tanpa berbuat apa-apa.
- Baka yang dikacuk
- Tahan panas dan hujan
- Berdiri sambil mematuk tanah
Ayam Daging
- Tidak tahan lasak
- Terkawal dan malas
- Perlu dikurung dalam bilik penghawa dingin
- Tidak boleh dipelihara terlalu lama
- Banyak didapati di pasaran
Diharap informasi ini berguna buat pengguna semua. Bagi yang mahukan lebih informasi mengenai ayam kampung ini, anda boleh mengunjungi laman sesewang Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) di pautan di bawah ini.
Sumber Rujukan : Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA)
Demikian artikel tentang Ayam Kampung Tiruan ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Ayam Kampung Tiruan ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.