Setiap bermulanya bulan puasa, zakat fitrah adalah wajib bagi semua umat islam. Ia bertujuan untuk membantu dan meringankan umat islam yang serba kekurangan. Bayaran setiap negeri berbeza mengikut ekonomi negeri masing-masing. Berikut adalah kadar fitrah 2016 bagi setiap negeri di Malaysia :
Negeri | Kadar Zakat Fitrah | |
---|---|---|
2015 | 2016 | |
Kelantan | RM7.00 | RM7.00 |
Terengganu | RM4.60, RM6.80 & RM7.40* | RM7.00 |
Pahang | RM7.00 | RM7.00 |
Perlis | RM6.50 | RM7.00 |
Kedah | RM7.00 | RM7.00 |
Pulau Pinang | RM7.00 | RM7.00 |
Perak | RM7.00 | RM7.00 |
Selangor | RM7.00 | RM7.00 |
Negeri Sembilan | RM6.50 | RM6.50 |
Melaka | RM6.70 | RM6.70 |
Johor | RM5.00 & RM8.00* | RM6.00 / RM8.00* |
Sarawak | RM7.00 | RM7.00 |
Sabah | RM7.00 | RM7.00 |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan | RM7.00 | RM7.00 |
*Kadar berbeza mengikut gred beras yang dimakan pembayar zakat.
Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 6.00Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Harga Fitrah RM 8.00Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:� Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)�Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah
Demikian artikel tentang Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri ini dapat kami sampaikan, semoga artikel atau info tentang Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri ini, dapat bermanfaat. Jangan lupa dibagikan juga ya! Terima kasih banyak atas kunjungan nya.